MENU

 

Perutusan rasmi dari,

Yang Dipertua Majlis Daerah Labis.

 

Assalammualaikum Wbt. Dan Salam Sejahtera.

 

Dengan rasa berbesar hati saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung portal rasmi Majlis Daerah Labis (MDL). Harapan saya agar kunjungan ini akan memberi manfaat kepada semua pengunjung sebagai satu saluran untuk berurusan dengan Majlis Daerah Labis.

 

Tujuan portal ini diwujudkan adalah untuk membolehkan pengunjung memperolehi maklumat terkini berkenaan pembangunan setempat di samping menyediakan info terkini dalam pelbagai bentuk seperti berita dan laporan.

 

Majlis Daerah Labis merupakan perancang utama pembangunan dan perkhidmatan di kawasan Labis. Oleh yang demikian, Majlis Daerah Labis  telah mempunyai satu halatuju yang jelas dan strategi yang mantap bagi memastikan perancangan, pembangunan dan perkhidmatannya sentiasa berkualiti, cekap dan menepati kehendak pelanggan. Selain itu, Majlis Daerah Labis juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan orang awam dan pelancong dengan adanya tempat beriadah, pusat perniagaan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

Kebersihan kawasan, keceriaan dan keindahan landskap di bawah pentadbiran Majlis Daerah Labis amat dititikberatkan demi kesejahteraan penduduk Labis. Sehubungan dengan itu, menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan kemudahan awam adalah di bawah tanggungjawab kita bersama demi kelestarian kawasan Labis.

Pihak Majlis Daerah Labis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Labis, Warga Kerja, Ahli Majlis, semua agensi kerajaan dan swasta kerana telah memberi kerjasama dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian kawasan Labis.

Akhir kata, bagi memastikan agar Majlis Daerah Labis akan terus memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya, saya berharap pengunjung-pengunjung yang melayari laman portal rasmi Majlis Daerah Labis  dapat memberikan cadangan dan pandangan yang membina. Ini amatlah dialu-alukan demi untuk kebaikan kita semua.

 

Terima kasih atas sokongan anda.

 

Selamat melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Labis.

 

Shamsul Ariff bin Sulaiman

 

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Labis.