AKTIVITI DI SELAI
- Berkhemah.
- Treking ke air terjun.
- Membuat kajian dan penyelidikan.
- Mengambil gambar alam semulajadi.
- Menyumpit.
- Berenang dan bermain air.
- Bermain tubing.
- Memberi ikan makan.
- Memerhati burung.
- Melawat Arboretum.
- Berjalan malam
TATATERTIB SEMASA PERGERAKAN
- Setiap pergerakan ke sesuatu destinasi mestilah bersama pemandu pelancong.
- Anda dikehendaki mengikut denai laluan yang disediakan kecuali atas sebab-sebab tertentu.
- Harus bergerak berkumpulan dan tidak berjalan berseorangan.
- Sentiasa berhati-hati ketika berjalan di dalam hutan.
- Utamakan keselamatan diri
KEISTIMEWAAN
- Selai merupakan salah satu hujan tropika yang luas dibahagian selatan Semenanjung Malaysia dan masih belum diterokai sepenuhnya.
- Mempunyai banyak air terjun yang menarik dengan air yang bersih. Dianggarkan terdapat 7 air terjun yang menarik dengan keistimewaan yang tersendiri.
- Kaya dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
- Mempunyai kepelbagaian habitat yang istimewa dan hidupan liar yang sukar ditemui.