MENU

Misi

Merancang, Mengurus, Mengawal Selia dan Menyampaikan Perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan :-

  1. Menjaga kebersihan kawasan MDL untuk  memastikan rakyat dapat hidup sihat.

  2. Memberi perkhidmatan dan mengadakan kemudahan asas yang mencukupi dan membekalkan lampu – lampu di tepi jalan.

  3. Mengadakan keperluan perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dengan mendirikan gerai-gerai yang mencukupi.

  4. Melaksanakan projek-projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat untuk memastikan segala perbelanjaan pembangunan dapat memberikan impak yang maksima.

  5. Membina organisasi yang cemerlang, cekap dan mesra pelanggan.

Visi

“Membawa Majlis Ke Arah Pembangunan Perbandaran Beridentiti Yang Mapan, Hijau dan Dinamik Menjelang 2016”
Visi MDL menentukan hala tuju yang dicita-citakan dan azam yang fokus untuk dicapai menjelang tahun 2016.  Visi ini merangkumi tiga elemen utama bagi Majlis Daerah Labis  untuk ditadbir dan diuruskan dengan cemerlang, mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah serta selesa untuk didiami tanpa perlu mengabaikan keperluan untuk mewujudkan persekitaran dan pentadbiran yang mesra pelaburan dan perniagaan.
Elemen-elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperluan sosio-ekonomi, rekreasi dan rohaniah untuk masyarakat Majlis Daerah Labis, khasnya mahupun pelawat amnya.