MENU
  1. Orang ramai yang berurusan sama ada di kaunter mahupun terus dengan kakitangan majlis akan diberi layanan dengan baik dan mesra atas semua urusan yang dijalankan.

  2. Permohonan untuk mendapatkan lesen premis perniagaan akan diluluskan dalam tempoh satu (1) bulan jika semua syarat telah dipatuhi.

  3. Mengeluarkan bil-bil cukai harta kepada pembayar kadar pada awal Januari bagi sesetengah tahun pertama dan awal Julai bagi bagi setengah tahun kedua.

  4. Permohonan pelan-pelan cadangan tambahan yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 akan diluluskan dalam tempoh satu (1) bulan.

  5. Sijil layak menduduki bagi projek-projek perumahan akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh permohonan diterima dengan syarat semua keperluan jabatan-jabatan berkenaan telah dipatuhi.

  6. Memastikan konsortium pembersihan menjalankan kerja-kerja pembersihan mengikut jadual yang ditetapkan.

  7. Aduan pelanggan ditangani dalam masa 24 jam.