11 Mei 2023
Majlis Rumah Terbuka Tahun 2023 Peringkat Majlis Daerah Labis telah diadakan pada 11 Mei 2023 (Khamis) bertempat di Kediaman Rasmi Encik Herman Bin Raban, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis.
Majlis ini diraikan secara sederhana namun meriah dan ceria dengan kehadiran tetamu jemputan yang hadir beramah mesra dan berkumpul disamping menikmati juadah enak yang terhidang.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadiri Rumah Terbuka Tahun 2023 Peringkat Majlis Daerah Labis.