10 Apr 2018
Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Muafakat Johor Labis yang berlangsung pada 9 April 2018 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis telah dirasmikan oleh Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Ramli bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, Encik Mohamad Fahmi bin Zakaria, Wakil Rasmi Pegawai Daerah Segamat, Tuan DSP. Noor Ariffin bin Mohammad Nasir, Wakil Rasmi Ketua Polis Daerah Segamat dan Encik Mansor bin Birat, Ketua WHIP Ahli Majlis Daerah Labis.