INFO TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN SELAI
- 26km dari pekan Bekok.
- Selai adalah pintu masuk barat (pintu kedua) ke Taman Negara Johor Endau Rompin.
- Terletak di dalam daerah Segamat.
- Endau-Rompin Selai meliputi 2/3 dari keluasan Endau-rompin Johor iaitu 29,343 hektar.
- Mula dibuka kepada pelawat pada tahun 2003 selepas tamatnya Ekspidisi Penemuan Saintifik Kali Kedua.
- Terletak di kaki Gunung Tiong yang berhampiran dengan perkampungan orang asli iaitu Kampung Kemidak dan Kampung Selai
PERJALANAN KE SELAI
Selepas pekan Bekok, anda akan melalui beberapa ladang kelapa sawit dan kebun sayur, seterusnya 5 perkampungan orang asli iaitu Kg. Tembayan, Kg. Kudung, Kg. Tamok, Kg. Kemidak dan Kg. Selai Masyarakat asal Orang Asli disini adalah dari keturunan Jakun. Kebanyakan penduduk disini bekerja mencari hasil hutan, berkebun dan mengusahakan ladang. Kini ramai diantara mereka yang bekerja dengan pihak PTNJ sebagai pekerja am dan pemandu pelancong.
KEMUDAHAN
Lubuk Tapah (muatan max. 60 orang)
- 20 unit Pondok Rimba
- Dewan makan terbuka
- Tempat memasak
- Bilik mandi dan tandas
- Surau
- Bekalan elektrik (malam) dan bekalan air paip
- Jambatan gantung
- Taman orkid
- Wakaf
- Tempat BBQ
Lubok Merekek (muatan max. 140 orang)
- Tapak Perkhemahan
- 2 unit dewan makan terbuka
- Tempat memasak
- Bilik mandi dan tandas
- Surau terbuka
- Tempat BBQ
- Bekalan air paip