Majlis Daerah Labis ingin memaklumkan kepada semua pengunjung bahawa Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis akan disambung tutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaran dan naiktaraf yang akan dijalankan.
Tarikh Tutup:
20 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) SEHINGGA DIMAKLUMKAN KELAK
Penutupan ini adalah penting bagi memastikan semua kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk kegunaan pengunjung. Kami memahami ketidakselesaan yang mungkin timbul sepanjang tempoh penutupan ini, dan pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Majlis Daerah Labis komited untuk menyediakan kemudahan yang terbaik buat semua. Kami berharap agar semua pengunjung dapat menikmati Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis yang lebih baik selepas kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf selesai.
Sebarang makluman terkini berkaitan pembukaan semula pusat rekreasi ini akan dikongsi dari semasa ke semasa melalui lama Facebook rasmi kami.
Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda!