MENU

Satu pertandingan bola tampar terbuka Labis akan diadakan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada 24 hingga 25 Mac 2017. Dibawah peraturan dan syarat pertandingan.

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SEMPENA KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN JOHOR 2017

1.0 NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan “PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SEMPENA KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN JOHOR”

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

Kejohanan ini diadakan pada 24 sehingga 25 Mac 2017 (Jumaat & Sabtu)

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kejohanan ini terbuka kepada pemain bola tampar LELAKI sahaja

3.2 Setiap pasukan terdiri dari 12 orang iaitu 1 orang pengurus, 1 orang jurulatih dan 10 orang pemain serta terhad kepada 16 pasukan terawal mendaftar

4.0 KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Pemain mestilah warganegara Malaysia. Pengecualian diberikan kepada pemain bukan warganegara hanya seorang sahaja

4.2 Pemain termasuk libero yang TIDAK DIBENARKAN bermain & didaftarkan :

a) SEMUA pemain Kebangsaan- Sukan SEA & Sukan Universiti Asean (AUG) kategori dewan & pantai Malaysia Open, Liga MAVA & Sukan Malaysia (SUKMA) dewan & pantai serta MAKSAK TIDAK DIBENARKAN bermain
b) Pemain yang berusia 35 tahun ke atas dan 17 tahun ke bawah pada tahun 2017 dikecualikan dari syarat di atas (4.2.1)

4.3 Jawatankuasa Penganjur BERHAK membatalkan mana-mana pasukan yang mendaftarkan pemain yang tidak dibenarkan

5.0 PERATURAN KEJOHANAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan peraturan terkini yang sedang berkuatkuasa

6.0 SISTEM PERMAINAN & CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN

6.1 Kejohanan ini akan menggunakan sistem Best of 3 dari awal permainan sehingga peringkat Akhir

6.2 Pemberian mata : Menang-2, kalah -1 dan Lucut teknikal/menarik diri- 0

6.3 Sekiranya jumlah mata seri, penetuan adalah seperti berikut :
Z= Jumlah mata menang / Jumlah mata kalah. Pasukan yang mendapat nisbah mata yang lebih tinggi menduduki tempat teratas

7.0 PAKAIAN

7.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang seragam dan lengkap bernombor di hadapan & belakang

7.2 Pasukan yang tidak berpakaian seragam tidak akan dibenarkan bertanding

8.0 PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran/penambahan pemain hanya boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus pasukan sahaja. Selepas itu, segalapertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan

9.0 PEMBATALAN (WALKOVER)

9.1 Pasukan yang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan, dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma kepada lawannya

9.2 Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri

10.0 PENGADIL

Pengadil bertauliah dari Pasukan Bola Tampar Malaysia (MAVA)

11.0 MENARIK DIRI

Pasukan yang telah membayar yuran penyertaan tidak dibenarkan menarik diri. Jika perkara ini berlaku, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan

12.0 BANTAHAN/RAYUAN

12.1 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berlangsung mesti memaklumkan kepada pengadil secara lisan. Hanya Kapten Permainan dibenarkan membuat bantahan

12.2 Sekiranya pasukan tersebut ingin meneruskan bantahan, surat yang ditandatangani oleh Pengurus mesti diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur dalam masa 30 minit selepas tamatnya perlawanan beserta wang tunai RM200.00 sebagai wang cagaran. Wang cagaran ini tidak akan dipulankan jika bantahan ditolak. Jika bantahan diterima, sebanyak RM50 akan ditolak sebagai wang pemprosesan

13.0 JURI RAYUAN
Juri Rayuan terdiri daripada JK Penganjur atau wakilnya, Ketua Pengadil Kejohanan dan 2 orang penguruspasukan yang tidak terlibat dalam rayuan itu. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima bantahan bertulis

14.0 YURAN PENYERTAAN

14.1 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100.00 dengan bayaran penuh semasa menghantar borang pendaftaran

14.2 Yuran penyertaan perlu dijelaskan SEBELUM 21 Mac 2017di kaunter Majlis Daerah Labis. Kegagalan menjelaskan yuran penyertaan seperti yang ditetapkan, akan menyebabkan penyertaan dibatalkan dan dibuka kepada pasukan lain

15.0 HADIAH

Hadiah adalah seperti berikut :

JOHAN : RM500, MEDAL & PIALA IRINGAN NAIB JOHAN :RM300&MEDAL KETIGA : RM150 & MEDAL 
 KEEMPAT : RM100 & MEDAL

16.0 PERKARA AM

16.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyata dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad

16.2 Setiap perlawanan akan dimulakan dalam masa 5 minit selepas tamat perlawanan sebelumnya. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak meminta susunan atau masa perlawanan jika perlu

16.3 Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan berada dalam kawasan permainan adalah seperti berikut :

a) Pengurus Pasukan
b) Jurulatih
c) 10 orang pemain

16.4 Disiplin & kebajikan ahli pasukan adalah dibawah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing