MENU

Undang-Undang Kecil Penjaja

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 102 dan 102A Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Yang Dipertua Majlis Daerah Labis membuat dan menurut seksyen 103, Akta tersebut Pihak Berkuasa Negeri mengesahkan undang-undang kecil yang berikut:

Nama, pemakaian dan tarikh berkuat kuasa

1.Undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Labis) ( Pindaan ) 2005 dan hendaklah dipakai hanya bagi kawasan Majlis Daerah Labis.

“ Yang Dipertua “ ertinya Yang Dipertua Majlis Daerah Labis

(a) dengan menggantikan perkatan Majlis Daerah Segamat Selatan di mana – mana jua terdapat dengan perkataan Majlis Daerah Labis.

Pindaan Am

2. Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Segamat Selatan) ………yang disebut “Undang – Undang Kecil Ibu ” dalam undang – undang kecil ini adalah dipinda–

(a) dengan menggantikan perkataan “ Majlis Daerah Segamat Selatan" mana – mana jua terdapat dengan perkataan “ Majlis Daerah Labis ”

Pindaan Undang - Undang Kecil 13A

Undang – Undang kecil 13 Undang – Undang Kecil ibu dipinda -

(a) dengan memasukkan undang – undang kecil 13(c) yang baru seperti yang berikut –13(c) mana – mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Yang Dipertua boleh mengarahkan supaya mana – mana geraiatau kereta milik penjaja ditutup serta merta sekiranya pada pendapat pegawai tersebut gerai atau kereta didapati kotor.

Pindaan Undang - Undang Kecil 23

4. Undang – undang kecil 23 undang - undang kecil ibu dipinda sebagaimana berikut –

(a) 23 (1) apa– apa barang yang dicadang atau didedahkan untuk jualan bersama – sama dengan bekasnya dan apa – apa alat yang menyertai dan juga gerai atau kereta kepunyaan orang yang berlesen atau tidak berlesen untuk bertindak sebagai penjaja di bawah undang – undang kecil ini boleh disita oleh mana – mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Yang Dipertua dan dipindahkan ke mana – mana tempat yang ditentukan oleh Yang Dipertua dan di tahan disitu atas risikonya.

(b) dengan memasukkan undang – undang kecil 23 (3) yang baru sebagaimana berikut

“ Yang Dipertua tidaklah bertanggungjawab atas apa – apa kerosakan sekiranya berlaku kepada barang atau benda yang disita dalam masa mengalihkannya dan semasa dalam jagaan Yang Dipertua “

Pindaan Undang - Undang Kecil Jadual Pertama ( Undang - Undang Kecil 8 )

5. Jadual pertama ( Undang - Undang Kecil 8 ) dipinda dengan memasukkan Jadual pertama 4 (a) hingga 4 (h) sebagaimana berikut -

(a) 200 meter dari sempadan kawasan sekolah / kolej

(b) 100 meter dari sempadan kawasan pejabat Kerajaan

(c) Di dalam rumah dan kawasan rumah kediaman

(d) Di jalan - jalan masuk dan di jalan utama kawasan perumahan

(e) Bahu-bahu jalan yang melibatkan kawasan berumput landskap taman

(f) Dalam kawasan taman permainan dan rekreasi

(g) Jalan-jalan yang diistiharkan sebagai jalan protokol

(h) Mana – mana lorong belakang, lorong tepi dan lorong – lorong susur

Undang - Undang Kecil Jadual Kedua ( Undang - Undang Kecil 19 )

6.Jadual kedua (Undang - Undang Kecil 19 ) Undang - Undang Kecil ibu adalah dipinda dengan memasukkan Jadual kedua yang baru ( Undang - Undang Kecil 19 ) sepertimana berikut -

Minimum Maksimum

1. Penjaja bergerak RM10.00 RM20.00

2. Penjaja menetap RM20.00 RM40.00

Undang - Undang Kecil Jadual Ketiga ( Undang - Undang Kecil 24 )

7.Jadual ketiga ( Undang - Undang Kecil 24 ) Undang - Undang Kecil ibu adalah dipinda dengan memasukkan Jadual ketiga yang baru ( Undang - Undang Kecil 24 ) sepertimana berikut -

1. Memindahkan gerai atau barang - barang
- RM50.00

2. Bayaran menyimpan gerai atau barang - barang
- RM10.00 bagi tempoh tidak lebih daripada 7 hari dan RM1.00 sehari kemudian daripadanya

3. Memindahkan kenderaan
- RM100.00