MENU

     A.  SYARAT-SYARAT LESEN PERNIAGAAN

  • JIKA PERNIAGAAN TELAH DIJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN SEBELUM LESEN DIKELUARKAN, MAKA TINDAKAN KOMPAUN AKAN DIKENAKAN.
  • ATAUPUN BOLEH DATANG KE KAUNTER PELESENAN UNTUK PERMOHONAN LESEN SEMENTARA PERNIAGAAN BAGI ELAK KOMPAUN ATAU INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN KADAR SEGERA.
  • TEMPOH SAH LAKU LESEN IALAH SEHINGGA 31 DISEMBER BAGI TIAP-TIAP TAHUN
  • DENDA 2 KALI GANDA AKAN DIKENAKAN, JIKA PELESEN MENJELASKAN BAYARAN LESEN SELEPAS TARIKH TERSEBUT. RUJUK UUK 7 (B) BAYARAN DENDA (LESEN) MDL 2011.
  • LESEN PERNIAGAAN YANG TIDAK DIJELASKAN UNTUK TEMPOH SELAMA 2 TAHUN BERTURUT-TURUT BOLEH DIBATALKAN SECARA AUTOMATIK.

 

       B.  PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN BAGI MAJLIS DAERAH LABIS

  • TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN ADALAH BERMULA PADA 01 OKTOBER SEHINGGA 31 DISEMBER SETIAP TAHUN
  • SEKIRANYA PEMBAHARUAN LESEN DI BUAT SELEPAS TEMPOH TERSEBUT, DENDA DUA (2) KALI GANDA DARIPADA KADAR BAYARAN LESEN TAHUNAN AKAN DIKENAKAN.
  • MANA-MANA LESEN YANG TIDAK DIPERBAHARUI SELEPAS TEMPOH ITU, TINDAKAN KOMPAUN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MDSS) 1982 JUGA AKAN DIKENAKAN.

 

       C.  PENGECULIAN BAYARAN LESEN KATEGORI LESEN PENJAJA

  • BERKUATKUASA 01 SEPTEMBER 2018, SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR TELAH BERSETUJU BAGI PELAKSANAAN PENGECUALIAN BAYARAN LESEN KATEGORI PENJAJA SEBAGAI SATU KEBAJIKAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA KECIL DI NEGERI JOHOR.
  • BAGI MAJLIS DAERAH LABIS, LESEN PENJAJA INI TELAH DIKECUALIKAN TETAPI DIKENAKAN KADAR SEWA PETAK NIAGA DAN DIKENAKAN KUPON HARIAN (YURAN KEBERSIHAN) BAGI JENIS PENJAJA PASAR LAMBAK (MALAM/PAGI), RUJUK: JENIS KADAR LESEN/ PERMIT / PERKHIDMATAN / JUALAN
  • CAJ LAIN SEPERTI PROSES PERMOHONAN DAN KADAR PERKHIDMATAN/ JUALAN TETAP DIKENAKAN
  • SEBARANG PERTANYAAN TENTANG LESEN BOLEH TERUS MENGHUBUNGI KAUNTER PELESENAN MAJLIS DAERAH LABIS DI TALIAN 07-925 6030.

 

       D.   JENIS-JENIS LESEN /PERMIT /SEWA PETAK YANG DITAWARKAN OLEH MAJLIS DAERAH LABIS

  • LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN (PERNIAGAAN KHAS)
  • LESEN BANGKU PASAR DAN GERAI MAJLIS
  • LESEN ANJING
  • SEWA PETAK BAGI PENJAJA PASAR MALAM/PAGI, PENJAJA BEREDAR, PENAJA MENETAP DAN CAR BOOT SALE
  • PENGELUARAN PERMIT SEMENTARA IAITU MENJUAL BUAH-BUAHAN BERMUSIM (SPT DURIAN, TEMBIKAI, PISANG DLL), JUALAN BUAH-BUAHAN BERMUSIM, PERMIT MENJUAL BARANGAN PELBAGAI, PERMIT KAKI LIMA (BUKAN PEMILIK LESEN/ PEMILIK LESEN), PROMOSI JUALAN/ PROMOSI PRODUK DAN PERMIT SEMENTARA BAGI PERMOHONAN DI TANGGUHKAN ATAU TIDAK DILULUSKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU SEPERTI TIDAK MENDAPAT SOKONGAN JABATAN TEKNIKAL (LESEN SEMENTARA PERNIAGAAN)
  • PERMIT PEMASANGAN IKLAN/BANTING /SEPANDUK SEMENTARA

 

       E.   PERKHIDMATAN LAIN

  • PROSES PEMBATALAN LESEN PERNIAGAAN / PERMIT YANG BERKAITAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU
  • PENCARIAN MAKLUMAT LESEN / RESIT BAGI ATAS SBEB HILANG/ ROSAK DENGAN KADAR TERTENTU
  • PENJUALAN BUKU SUNTIK BAGI PENGENDALI MAKANAN
  • PENJUALAN PATIL, APRON, TOPI BAGI KEGUNAAN PENIAGA-PENIAGA DI BAWAH MAJLIS DAERAH LABIS 

       F.  JENIS KADAR LESEN/ PERMIT / PERKHIDMATAN / JUALAN