MENU

Dasar e-Perundingan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-perundingan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis Daerah Labis (MDL).

MDL sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Perundingan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Media Sosial MDL

FacebookTwitterRSS