MENU

Tuan Setiausaha MDL telah membuat lawatan tapak kerosakan Lampu Awam Jalan Protokol di hadapan SMK Sri Bali, Chaah bersama Pihak Syarikat BTF Elektrik & Engineering iaitu kontraktor yang baru dilantik melalui tawaran kerja sebutharga penyelengaraan Lampu Jalan kelmarin. Setelah penilaian kerosakan dibuat, pihak kontraktor telah bersetuju akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan kadar segera. Pihak MDL memohon penduduk setempat bersabar dan segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.