LABIS - Bertindak atas aduan awam berkenaan iklan pinjaman wang tanpa lesen, Tuan Setiausaha MDL dan Tuan Ketua Polis Balai, Balai Polis Labis telah berbincang dan satu “Operasi Penguatkuasaan Bersama” penurunan iklan pinjaman wang haram telah dijalankan pada hari ini. Operasi telah dilaksanakan pada jam 8.00 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Tindakan berterusan ini akan sentiasa dibuat untuk memastikan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Labis, bebas dari aktiviti tersebut. Sebarang aduan aktiviti tersebut boleh dibuat dengan menghubungi MDL di talian 07-9251781.
MDL ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan diatas kerjasama oleh Tuan Ketua Polis Balai dan Anggota, Balai Polis Labis Polis Daerah Segamat