25 Feb 2018
YB. Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri MITI merangkap Ahli Parlimen Labis telah membuat lawatan tapak dan meninjau sendiri kerja-kerja naiktaraf lampu isyarat di Persimpangan Jalan Segamat-Jalan Labis dan Jalan Siong Lian-Jalan Boon Pee, Labis. Tujuan lawatan tersebut adalah susulan janji YB Datuk sebelum ini untuk menyelesaikan aduan penduduk dan pengguna jalan raya. Perlaksanaan kerja-kerja naiktaraf telah siap dilaksanakan dan beberapa penambahbaikan dengan menggunakan modul sistem lampu isyarat terkini tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah dan aduan yang timbul.