MENU

Program Lawatan Pelajar Sarjana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Pusat Kraf Labis yang berlangsung pada 3 Disember 2018. Dihadiri oleh Professor Dr. Ibrahim Ngah dan En. Abdul Rahim Ramli. Lokasi yang dilawati adalah di Pusat Kayu Warisan Di Pekan Air Panas dan di Rumah Kraf Labis. Kayu Warisan adalah kayu yang menggunakan bahan atau kayu yang terpilih dan berkualiti tinggi. Ianya tahan hujan, panas dan lasak. Kayu yang digunakan kebanyakkannya berusia ratusan tahun. Ini terbukti mengikut saiz pembesaran dan kiraan hayat hidup dan mati selama puluhan tahun. Jenis-jenis kayu yang diperolehi ialah cengal, balau, merbau, kulim, giam, resak dan lain-lain. Di Pusat Kraf Labis bermacam cenderahati dijual seperti keychain kayu cengal, tali pinggang, hiasan ukiran kayu, gasing dan bermacam lagi. Anda boleh lawati Pusat Kraf Labis bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

KLIK UNTUK LEBIH GAMBAR